(&_&) |
Followers
Preface
Welcome to my Blog. Blog ni dibina untuk tujuan berkongsi pengalaman admin dalam menjalani kehidupan seharian & tidak sesekali bertujuan untuk menyakiti hati orang lain.
Sunday, July 31, 2011
Saturday, July 30, 2011
Saturday, July 23, 2011
Friday, July 22, 2011
Monday, July 18, 2011
CaRa kuruskan BAdaN
Mlm ini, saya nak kongsi 3 cara kuruskan badan untuk sesiapa yang betul-betul inginkan bentuk badan yang slim. Mudah n teratur,
Saya tahu, ramai diantara kito runsing kerana berat badan berlebihan. Nok pakai baju ni xboleh, baju tu xboleh. Orang kritik kito dan lain-lain . Di sini saya berikan 3 cara untuk kuruskan badan.
1. Bersenam
Bersenam adalah satu perkara yang sangat penting dalam kuruskan badan. Ini kerana bersenam dapat keluarkan lemak-lemak terkumpul dalam badan anda. Bukan itu sahaja, bersenam juga boleh kuatkan jantung kito.
Untuk bersenam, anda boleh senaman aerobik seperti berjoging atau berbasikal selama 45-60 minit setiap hari.
Program senaman mestilah bermula dengan pemanasan badan selama 10-15 minit (Untuk mengelakkan kecederaan). Seterusnya barulah ke fasa aerobik selama 45-60 minit (untuk kuruskan badan). Dan akhir sekali adalah penyejukan badan selama 10-15 minit (untuk mengelakkan keletihan).
2. Diet yang betul
Diet yang betul disini bukan tidak makan sehari suntuk. Ini anda perlu faham betul-betul. Diet yang betul disini bermaksud, jangan mengambil kalori yang berlebihan. Bagi lelaki dewasa, cukup dengan mengambil 2000-2400 kalori sehari. Untuk wanita dewasa pula, cukup dengan mengambil 1600-2000 kaloi sehari. (Ini adalah untuk orang yang normal atau tidak gemuk.)
Untuk yang nak kuruskan badan, boleh ikut jadual dibawah:
Sarapan pagi : 2 keping roti + telur 1 biji
Makan tengahari : nasi 1 cawan + 1 ketul ikan/ayam + 1 cawan sayur + buah-buahan 1 biji
Minum petang : 1 biji bun
Makan malam : 1 cawan nasi + 1 ketul ikan/ayam + 1 cawan sayur + buah 1 biji
3. Jangan tidur berlebihan
Kalau anda nak tahu, tidur adalah salah satu punca kegemukan. Kalau betul anda nak kuruskan badan, “Ingat, jangan tidur belebihan.“. Hehehehe … ;-)
Itu saja yang perlu anda ikut. Saya percaya kalau betul-betul anda ada buat ketiga-tiga cara kuruskan badan yang saya sebutkan diatas tadi tu, pasti tidak sampai 3 bulan anda akan nampak perubahannya. Btl2 ni,, hihihi.. :-)
Friday, July 15, 2011
kuehtiaw tomyam + nasik goreng USA..
menu terbaik minggu ini. ;-).
kuehtiaw tomyam |
sekali mkn perrrrhhh.. best bro; ini adalh pilihan seya todak
nasik goreng USA |
tgk.. mmg t;liur la.. semua ade..
menu pilihan jasman
gabungan dua masAKan |
ni adalah menu pilihan kami. anda pula??
jom mKAn |
mkn sambil on9 tu.. tpi guna beruk (broadband) la. dah poi kat kedai yg xde wifi. .. nasib baik ade beruk. hihihi...oHH beruk MAxiS k;sayngan ku..
!!!!bye.!!!!
Thursday, July 14, 2011
Asam Pedas Ikan Kembung
Resepi Masakan Malaysia: Asam Pedas
Bahan-Bahan:
5 ekor ikan kembong
1 batang serai-diketuk
1 tangkai daun kesum
2 ½ gelas air
Garam secukup rasa Bahan tumbuk:
4 ulas bawang merah
2 biji cili merah
Sedikit belacan
Cara:
Masukkan bahan yang ditumbuk, serai, daun kesum serta air ke dalam periuk.
Tunggu hingga mendidih, kemudian masukkan ikan serta garam secukup rasa.
Cadangan Hidangan:
Sesuai dimakan panas-panas bersama nasi putih atau dicecah dengan roti. kn senang, masakan orng bujang, sedap.. aku dah try buat dulu, ;-)
Asam Pedas Ikan Kembung |
Tuesday, July 12, 2011
12 barisan di Akhirat
12 barisan di Akhirat
kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah
An-Naba':18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz,
engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan
berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan
apakah 12 barisan tersebut :-
Barisan Pertama
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu
seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti
hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
Barisan Kedua
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu
adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."
Barisan Ketiga Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah
orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Keempat
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah
orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."
Barisan Kelima
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau
busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan
derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Keenam
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi
saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Ketujuh
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka
itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."
Barisan Kelapan
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas "Mereka adalah orang
yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kesembilan
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan
api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kesepuluh
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah
orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
Barisan Kesebelas
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk
lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka
dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."
Barisan Kedua Belas
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui
titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka
adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka
memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha
Pengasih..." Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika
engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah
denganNya.....Wallahua'alam.
Monday, July 11, 2011
Sunday, July 10, 2011
TRW the best
akhirnya
tahniah TRW |
dah berjuta-juta jam aku tungu piala liga super balik ke klate.. pada thn 2011
piala ini blik jgk hahahah..
tahniah KELANTAN FC
Tuesday, July 5, 2011
2 rinGGit or 2 riAL
tu je yg ade |
klu setakat tu je yg ade. dapat mkn ape la. ;-). nasik goreng lepas k? x pom nasik ayam.. heheh.. dua-dua x lepas la..
yg mane? |
--- hanya dapat minum air je.. tu pom milo panas je. -- rm 1.50.. yg lebih boleh masuk tabung buluh kat rumah.. ape macam ok x.. heheheh.. tu la orng panggil jimat- cermat,, hahahh..---
Monday, July 4, 2011
Sunday, July 3, 2011
Kafa mohon peruntukan Pusat bina stadium baru.
IMPIAN peminat setia bola sepak Kelantan untuk melihat sebuah stadium bola sepak baru dibina di Kelantan bakal menjadi kenyataan sekiranya permohonan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk mendapatkan peruntukan membina stadium mendapat kelulusan daripada Kerajaan Pusat.
“Pada dasarnya Kafa mempunyai dua lokasi pilihan, iaitu di Gading Galoh, Machang sementara satu lagi di Tunjong, Kota Bharu. Namun Kafa mengambil keputusan memilih tapak di Tunjong yang dimiliki oleh Kesultanan Kelantan sebagai tapak baru pembinaan stadium bola sepak di negeri ini,” katanya, semalam.
Katanya, stadium yang berkapasiti 30,000 tempat duduk dan dibina berbumbung khusus untuk perlawanan bola sepak, sesuai untuk perlawanan domestik dan antarabangsa.
“Sebenarnya, keutamaan kita dahulu ialah menaik taraf Stadium Sultan Muhammad IV. Kajian Jabatan Kerja Raya (JKR), kita hanya memerlukan sekitar RM6 juta bagi mempertingkatkan kemudahan tempat duduk dan sebagainya namun permohonan kita dahulu ditolak oleh kerajaan negeri,” katanya.
Menurutnya, sekumpulan pegawai teknikal yang diketuai seorang arkitek berpengalaman berlepas ke England mengkaji lebih terperinci mengenai reka bentuk pembinaan stadium bola sepak itu.
“Kita mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak Cardiff City dalam perkara ini. Malah kumpulan pegawai itu juga akan melihat lebih dekat reka bentuk Stadium Emirates dan Stamford Bridge namun rujukan terdekat kita masih lagi Stadium Cardiff City.
“Kita ambil inisiatif (pembinaan stadium) ini berunding dengan kerajaan pusat. Kita mohon supaya stadium ini dibina secara one-off menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) dan selepas itu kita berhasrat memohon untuk menguruskan sendiri stadium tersebut.
“Bezanya Stadium Nasional Bukit Jalil dibina dan dimiliki oleh pihak kerajaan sementara untuk stadium ini ianya dibina oleh pihak kerajaan sementara kita bersedia menanggung kos pengurusan stadium itu,” katanya.
Ditanya mengenai usaha pihak kerajaan negeri untuk membangunkan sebuah kompleks sukan di Bukit Merbau, dekat Pasir Puteh seperti yang diumumkan baru-baru ini, Annuar berkata, usaha tersebut wajar diteruskan demi pembangunan sukan secara menyeluruh di negeri ini.
sumber -- - sinar harian kelantan..
Friday, July 1, 2011
jogiNG-joGIng
jaga kesihatan taw kwan2.. jom poi joging..
jom poi sini |
esok ramai2 la kita poi joging kat kompleks sukan paroi.. selalu poi sini kul 7.30 pagi. time tu orng x ramai sgt la.. ;-)
nampk menarik la jgk. |
kompleks sukan paroi |
jangan luper esok poi joging.. jaga kesihatan tu.. mintak2 esok ari x ujan yea.
Subscribe to:
Posts (Atom)