Followers

Preface

Welcome to my Blog. Blog ni dibina untuk tujuan berkongsi pengalaman admin dalam menjalani kehidupan seharian & tidak sesekali bertujuan untuk menyakiti hati orang lain.

Monday, July 18, 2011

CaRa kuruskan BAdaN


Mlm ini, saya nak  kongsi 3 cara kuruskan badan untuk sesiapa yang betul-betul inginkan bentuk badan yang slim. Mudah n teratur,
Saya tahu, ramai diantara kito runsing kerana berat badan berlebihan. Nok pakai baju ni xboleh, baju tu xboleh. Orang kritik kito dan lain-lain  . Di sini saya berikan 3 cara untuk kuruskan badan.

Kuruskan Badan

Untuk kuruskan badan, perkara yang perlu kito buat adalah 

1. Bersenam
 
Bersenam adalah satu perkara yang sangat penting dalam kuruskan badan. Ini kerana bersenam dapat keluarkan lemak-lemak terkumpul dalam badan anda. Bukan itu sahaja, bersenam juga boleh kuatkan jantung kito.

Untuk bersenam, anda boleh senaman aerobik seperti berjoging atau berbasikal selama 45-60 minit setiap hari.
Program senaman mestilah bermula dengan pemanasan badan selama 10-15 minit (Untuk mengelakkan kecederaan).  Seterusnya barulah ke fasa aerobik selama 45-60 minit (untuk kuruskan badan). Dan akhir sekali adalah penyejukan badan selama 10-15 minit (untuk mengelakkan keletihan).

2. Diet yang betul

Diet yang betul disini bukan tidak makan sehari suntuk. Ini anda perlu faham betul-betul. Diet yang betul disini bermaksud, jangan mengambil kalori yang berlebihan. Bagi lelaki dewasa, cukup dengan mengambil 2000-2400 kalori sehari. Untuk wanita dewasa pula, cukup dengan mengambil 1600-2000 kaloi sehari. (Ini adalah untuk orang yang normal atau tidak gemuk.)

Untuk yang nak kuruskan badan, boleh ikut jadual dibawah:
Sarapan pagi : 2 keping roti + telur 1 biji
Makan tengahari : nasi 1 cawan + 1 ketul ikan/ayam + 1 cawan sayur + buah-buahan 1 biji
Minum petang : 1 biji bun
Makan malam : 1 cawan nasi + 1 ketul ikan/ayam + 1 cawan sayur + buah 1 biji

3. Jangan tidur berlebihan

Kalau anda nak tahu, tidur adalah salah satu punca kegemukan. Kalau betul anda nak kuruskan badan, “Ingat, jangan tidur belebihan.“. Hehehehe …
;-)
Itu saja yang perlu anda ikut. Saya percaya kalau betul-betul anda ada buat ketiga-tiga cara kuruskan badan yang saya sebutkan diatas tadi tu, pasti tidak sampai 3 bulan anda akan nampak perubahannya. Btl2 ni,, hihihi.. :-)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...