Followers

Preface

Welcome to my Blog. Blog ni dibina untuk tujuan berkongsi pengalaman admin dalam menjalani kehidupan seharian & tidak sesekali bertujuan untuk menyakiti hati orang lain.

Sunday, July 3, 2011

Kafa mohon peruntukan Pusat bina stadium baru.



IMPIAN peminat setia bola sepak Kelantan untuk melihat sebuah stadium bola sepak baru dibina di Kelantan bakal menjadi kenyataan sekiranya permohonan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk mendapatkan peruntukan membina stadium mendapat kelulusan daripada Kerajaan Pusat.

“Pada dasarnya Kafa mempunyai dua lokasi pilihan, iaitu di Gading Galoh, Machang sementara satu lagi di Tunjong, Kota Bharu. Namun Kafa mengambil keputusan memilih tapak di Tunjong yang dimiliki oleh Kesultanan Kelantan sebagai tapak baru pembinaan stadium bola sepak di negeri ini,” katanya, semalam.

Katanya, stadium yang berkapasiti 30,000 tempat duduk dan dibina berbumbung khusus untuk perlawanan bola sepak, sesuai untuk perlawanan domestik dan antarabangsa.

“Sebenarnya, keutamaan kita dahulu ialah menaik taraf Stadium Sultan Muhammad IV. Kajian Jabatan Kerja Raya (JKR), kita hanya memerlukan sekitar RM6 juta bagi mempertingkatkan kemudahan tempat duduk dan sebagainya namun permohonan kita dahulu ditolak oleh kerajaan negeri,” katanya.

Menurutnya, sekumpulan pegawai teknikal yang diketuai seorang arkitek berpengalaman berlepas ke England mengkaji lebih terperinci mengenai reka bentuk pembinaan stadium bola sepak itu.

“Kita mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak Cardiff City dalam perkara ini. Malah kumpulan pegawai itu juga akan melihat lebih dekat reka bentuk Stadium Emirates dan Stamford Bridge namun rujukan terdekat kita masih lagi Stadium Cardiff City.

“Kita ambil inisiatif (pembinaan stadium) ini berunding dengan kerajaan pusat. Kita mohon supaya stadium ini dibina secara one-off menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) dan selepas itu kita berhasrat memohon untuk menguruskan sendiri stadium tersebut.

“Bezanya Stadium Nasional Bukit Jalil dibina dan dimiliki oleh pihak kerajaan sementara untuk stadium ini ianya dibina oleh pihak kerajaan sementara kita bersedia menanggung kos pengurusan stadium itu,” katanya.

Ditanya mengenai usaha pihak kerajaan negeri untuk membangunkan sebuah kompleks sukan di Bukit Merbau, dekat Pasir Puteh seperti yang diumumkan baru-baru ini, Annuar berkata, usaha tersebut wajar diteruskan demi pembangunan sukan secara menyeluruh di negeri ini.
sumber -- - sinar harian kelantan..

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...